Tuesday, December 20, 2016

2016

Long hiatus: 3 years without a single post.

Hi.

I'm in a good health.

Bye.

Wednesday, July 31, 2013

*Tingdingdingding* Membeli tiket bas! *Kuangkuangkuawaawaawaaang*

Bajet title bunyik macam Doraemon. Hehe.

********************************
Assalamualaikum WBT,

Salam Ramadhan fasa terakhir!

Masih tak terlambat nak menambah amal ibadat sebab hari ni baru 24 Ramadhan. Masih berbaki 6 hari lagi. 
Grab the opportunity while it's still hot! Imarahkan masjid atau surau berdekatan. Moga kita semua dapat keberkatan bulan Ramadhan dan nak lagi best, dapat pahala amal ibadat bersamaan dengan seribu bulan! Belum tentu lagi kita hidup 83 tahun untuk dapat seribu bulan tu. Kalau yang perempuan lagi la. Asyik reduce  mark je sebab cuti. Takpelah. Cuti Allah bagi itu rezeki. Cherish and embrace what's given to us is one of the way to say Thank you to Allah for that He gave us the world to live in!

Dah jadi macam kewajipan kepada umat Islam di bumi Malaysia ni hujung-hujung Ramadhan mesti nak balik  kampung untk bersama sanak saudara aight?

Alkisah...yesterday I went to Puduraya with my mom to get bus tickets (tidbit late huh?) to Sungai Petani, Kedah. Bagi yang pernah pergi Puduraya tu mesti tahu kalau nak masuk Puduraya dari stesen LRT Plaza Rakyat mesti kena lalu laluan khas. Nak jadi cerita, dekat hujung laluan tu berkumpul la satu kumpulan manusia berbangsa ________ (bagi mengelakkan berlakunya racist dan butthurt tak tentu pasal). Me and mom jalan jela macam buat tak tahu. Tapi sorang mamat dari kumpulan tu start datang menuju arah kami. 

Mamat: Hello. I nak mintak tolong sikit boleh?
Me: No, no, no. (Dah gaya macam Consuela dalam Family Guy je)
Mamat: Sekejap je. I nak mintak tolong you isi ini borang.
Me: No, no, no (dah ready-set-go dah gaya aku time ni).
Mamat: Sekejap je. I dari Sabah nak buat survey pasal barang rekaan ni..bla3...
Me: Hah? (dah start termakan hasutan sebab dia cakap Sabah. Kesian pulak datang jauh-jauh)
Mamat: *yesss* (dalam hati kot) You ambil dulu pen ni dan isi nama you.
Me: *Isi nama je* (Pastu nampak last kotak tu tulis 20, 30). Ni ape?
Mamat: Haa, you pilih nak bayar RM20 ke RM30. Kalau you bayar RM30 you dapat pen ni. Jangan risau. I tak tipu punya. Kulit you dengan I sama je. Darah pon mesti sama punya. Nak pergi hospital check?
Me: *tak sedap hati dah* (mamat ni loyar buruk pulak. Aku dah la tengah sengkek neh). Kalau I bayar you RM10 je?
Mamat: Alaa, you ambil lah RM30. Dapat pen ni *tunjuk pen lembik* (pen lembik2 tu RM30? korok kau!).
Me: Ala..I takde duit pecah. Ada RM10 je. (Serious tak tipu time tu. Ada RM10 je yang kecil. Yang lain semua RM50-duit nak beli tiket bas).
Mamat: Okay-okay. I ada duit pecah. RM20 ye? You dapat Chopstick. Kejap ye.
Me: (aaaaaaaa??? Chopstick RM20? dalam kompius tu tangan dok hulur RM50).

Pastu datang mamat lagi sorang sementara tunggu my change RM30.

Mamat 2: You isi jugak nama you kat sini. *hulur kertas dia*
Me: Eh. I've payed to your friend already. I don't want anymore.
Mamat 2: Takpe2. You don't have to pay. You tulis je.
Me: (err..aku pon tulis la).
Mamat 2: Okay. You nak apa? I ada keychain. RM10 je. *hulur keychain bear yang besar dia macam besar lubang hidung gorila yang boleh dapat dalam harga 50 sen*
Me: (eh ni dah lebih!! Takkan nak jugak duit aku neh!) No, no! I don't want to pay anymore! My mom's waiting for me! (sambil pandang ummi yang dah jauh).

Pastu Mamat first tu datang bawak baki RM30 tu dan chopstick yang maha mahal tu. 

Chopstick yang durjana mahal. Mencik aku!

Mamat: Okay, here's your change and your chopstick. Thank you ya!
Me: Yeah welcome. I pray for your success and good luck for whatever this is. (sincerely said. ntah macammana terkeluar dari mulut ni.)
Mamat: Okay thank you! (tengah busy2 sembang apa ntah dengan Mamat 2).
Me: *Cepat2 lari menuju ummi. Takut.*

Blah2! Sebelum kena serang lagi! Huaaa...Belum beli tiket bas lagi dah habis RM20! I left them with this kinda feeling: ambiguity


Takpelah. Duit pon dah selamat masuk poket dia. Aku pon taknak dah fikir pasal RM20 tu. Biarlah. Mungkin ada hikmah di sebalik tu. Perancangan Allah kan. Mana kita tahu.

Anyway, we thought that this thing is over. Rupa-rupanya tak.

Round 2. Ting3!

Dalam pada nak naik tangga menuju ke tempat kaunter-kaunter tiket bas, banyak ulat2 tiket dok memancing mangsa kat tangga. Aiseyh...
Ummi terus cakap kat ulat2 tiket yang degil macam daki kat kolar baju kerja abang guwe "nak pegi kedai buku".

Terus melencong pergi kedai buku 1 Malaysia yang betul2 ada tepi tempat kejadian. Dalam kedai buku tu, buat-buatlah belek2 buku. Banyak jugak buku2 murah ek. Baru tahu! Huhuhu. Pastu disebabkan nak undercover sangat, ummi beli satu buku dan keluar masa ulat2 buku ulat2 tiket dah beredar dari tangga. Alhamdulillah dapat beli tiket meskipun tak sama masa dengan ummi dan abah punya tiket. Tak kisah la. Janji dapat. Alhamdulillah. Thank you Allah!

Hasil jalaan hari tu.
Tak pernah jadi nak beli tiket kena harung bagai-bagai. Haha. Takpe lah. Pengalaman kan. 

Apa-apa pon, rezeki di bumi Allah ni banyak. Tinggal kita nak cari atau tak je kan. Heee.

Wallahua'lam.




Happy Graduation Day, Aben!

Assalamualaikum WBT,

Errr....Sapekah Aben?????????????

*

*

*

*

*

Aben kacak bergaya~ awwww~~

Hahaha. Tak pasal jekan. Apekah motif entri ini?

Takdelah. Semalam baru disassemble bunga convo tahun LEPAS (2012). Bunga plastik je. Bukan macam kawan-kawan yang lain punya. Bunga betul. Lomentik cangat. At first, I sulked a bit to my mom sebab beli bunga plastik. Cheapskate lah ape lah (how immature!). But then I realized, my mom wants me to have the moment (convo day) forever. Awww...Sweet pulak...Thanks Ummi and Abah for the blissful day!

Abah with his 'pasrah' expression. Hehehe. Nasib la ada anak suka bergambar! Hahak!

Eh kat mana tadi? Aaa...haaa..the bouquet.
Mula-mula sayang nak diassemble bouquet tu tapi daripada jadi tempat menakung habuk, baik letak kat tempat yg sepatutnya. 

So, start la menanggalkan satu-satu bunga dari polystyrene yang jadi stand kepada bouquet tu. I have no problem at all until Aben's shows up with TWO FREAKING SATAY'S SKEWER STUCK IN HIS BUTT CHEEKS, GLUED! 

Viewer's discretion is advised.

Already removed the skewers. Owh don't mind the Made In China.
Owh Lord, needless to say, if I were Aben, that is hurt as hell. Shucks Aben. I let you stay in that hell of a situation for nearly a year, dude! Sorry much!

After all the hard work in a labor room, Aben's gave birth to two hideously long skewers. Haha. Kesian Aben. 

Anyway, this entry is a tribute to Aben as he graduated from skewers hell. And he's so happy to join the rest of the community.
Owh, wait! I think they posted a postcard for Aben's graduation day. It's somewhere in my laptop..

*searching*

Owh here it is:

One big happy family!
Haha. Banyak dah merapu. Okay. Chiao!

Wassalam~

p/s: Motif entri masih tidak diketahui. =P

Friday, July 12, 2013

Ngeng~

Assalamualaikum WBT!~

Huiihh..lamer benau tak membelogkan diri ini.

Sepanjang 'kehilangan' (baca kemalasan memblog) ni, banyak benda berlaku dalam hidup.

Manis, masin, pahit, masam, payau (ape kes??)..semua ada!

Tapi tak kesah la.

Itu semua mendewasakan diri. Kan, kan, kan!

Bajet sangat..
Heeeheee

Okay recap apa yang terlepas.

I was stationed at a different office (Barely an office. It's a laboratory with desks and chairs in it). It was  really awkward at first. Never heard and knew someone in the lab. So, I was like a lonely stranger. I had a desk and chair of my own, very isolated and stranded because that was the only spot that available for me to use. It was full of awkwardness, baq hang..taktaw nak habaq lagu mana lagi.

But after several talk, fruits (we exchange fruits a lot), the barrier of awkwardness was slowly cracked and fall, leave me naked for a new breeze to touch my lonely soul. (Apekahh...). So, as the wall fall, the friendship is welled up. We did everything (tipu) almost together (tipu lagi). 

Like....

Makan.

Makan lagi.

Lagi makan.

Lagi-lagi makan.


Tengok menatang.

Sambung makan balik.

I am really happy and blessed at the same time to have these fellow friends yang gila-gila kentang separa masak neh. Hehehe. Thank you Allah!~

I think that is all for recap session. 

Dalam bulan penuh keberkatan ni, saya nak ucapkan Ramadhan Mubarak kepada semua umat Islam!

Selamat menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan! Berebut-rebutlah menambah pahala kerana buat satu ibadah, gandanya 70x kali uolls! Mana nak dapat dalam bulan lain! So, jom rebut peluang ni okeh!

Selamat berbuka ye!

Assalamualaikum WBT.

Sebelum tu..nah amek.


P/S: Sisipan gambar dikala menunggu waktu berbuka puasa tiba..Korea sangat.........Hahahha!~





Friday, October 19, 2012

Antara USIM dan UIAM

Assalamualaikum WBT,

Sekarang ni musim hujan, musim tengkujuh. 
Masyuk gak kan nak masuk selimut, buat sushi berintikan diri sendiri.

Tapi, lupakan jela..Got entry to type. Hehehe. Betapa devote nyer diriku terhadap dunia blogging. Ahh..perasan tak malu.

Okay. Selalunya musim hujan ni equals to musim batuk+selsema+demam. Penyakit trio tu memang sinonim sangat. Dan sekarang memang aku tengah mengalaminya.*koff koff*

Okay enuf.

Soalan:
Entitled to the title above, antara USIM; tempat aku belajar selama 5 tahun dan UIAM; tempat aku meneguk rezeki dan juga ilmu sejak bulan Februari 2012 hingga kini, mana satukah yang menjadi universiti kegemaranku.

Jawapan: 
Dua-dua. Sebabnye;

  1. Masa aku isi borang UPU, top two uni dalam pilihan adalah USIM dan juga UIAM.
  2. Islamic environment of these two uni.
Dan banyak lagi. Nak list pon otak dah tak boleh perah. Sakit tekak, hidung pon dah macam air terjun. Alhamdulillah demam dah kebah.
Overall, aku happy je working and learning at both uni. Buktinya:

Di USIM:

Dalam lab mikrob.

Bersihkan taman botani FST.

Duduk kat tepi jalan kat FST.

Dalam lab bakery.
 Di UIAM:

Baru lepas piknik.

Di STABAZ hari tu.
Hah. Bukti-bukti dah ada. Aku happy kot kat mana-mana. Campak la mana-mana pon. Aku boleh adapt insyaAllah. Tapi jangan campak aku dalam api neraka sudah la. Naudzubillah.

Okay chiow. 
Wassalam.

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Saturday, September 29, 2012

Block of Momento

Status:  EXPECTED TO GRADUATE

******

..5 years ago..
In this very university; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
There are monologues from a student named Faqihah Salleh:

"Macammana la dah grad nanti.."

"Mesti best kan???"

"Uhhh...tak sabar-sabar nak abes."

"Bila la nak abes blaja neh....lambat betol nak abes."


..But now..

Memang macam tak percaya. 4 tahun, eh no no. 5 tahun kot dok universiti yang sama. Dewan kuliyah yang sama la dok tadah ilmu dengan lecturers yang bagus-bagus dan baik-baik. Yang bitchy takde kot. Kalau ada pon bukan kat Fakulti Sains & Teknologi kot. Hahaha.

Faculty of Science & Technology (FST), tempat aku & co. b'tendang. Tapi ni bangunan lama. Bangunan baru lagi santek ='(
Dewan kuliyah yang bertahun-tahun dok guna.

Environment kat USIM sangat bagus. The students are all from sekolah agama. So no wonder la suasana kat USIM penuh bi'ah soleh solehah. Hehehe. Tapi ada jugak la yang macam rotten sikit perangai. Macam aku & co. Wahahaha. Refuse pegi Minggu Suai Kenal (MSK) masa first year la, time lecture dok main pass2 asam kedot la, pecahkan apparatus kat lab la..dotdotdot....macam-macam la. Kang aku state kat sini, tak grad plak aku.  Hahaha.
(okay over)

Even though USIM tu panassssss dia memang standard gurun sahara, tapi seronok la sebab kat situ la aku berjumpa kawan sehidup dan insyaAllah semati gak. =')

The babes that I miss so much
From tamhidi, first year until final year, ketawa..menangis..sedih gembira semua USIM jadi saksi. Yela. Zaman tu dah berakhir. Zaman berwarna-warni. Zaman berjuta-juta endorphin hormone dilepaskan. 

Teringat masa FYP. Buat lab work sampai pukul 3 pagi. Hahaha. Seronok gila break all the rules.Tapi break the rules with a promising good result la. Kalau tak buat macamtu alamatnya tak sempat siap thesis kitorang ler. Sorry la semua lab assistants level 3, FST. Hahaha. seriously, kitorang terhutang budi gila la ngan kamu semua even though admin tak bagi, bebel-bebel banyak-banyak sampai berbuih mulut, korang tetap side kami, the students. Thank you so much. 

Final year yang paling best. Uli-uli tepung. Ternak-ternak bakteria. Semua best. Stress memang la tak pernah abes sebab dok kejar deadline thesis. Tapi overall, we had all the fun in the world!

Skang dah start keje jadi Research Assistant (RA) kat UIA (ko jgn nak cakap aku betray USIM lak), the environment is totally, definitely lain dari USIM.
Tapi aku enjoy je mana-mana pon. Whether it is bad or good, you, yourself set them all. It's you who can determine whether you are a survivor or a loser. Never the place, the time and the people surrounds you can change you but yourself.

INHART
Tempat keje pon okay je skang ni. Okay la. Baru keje kan. What to expect on a very first post that you have for the first time in your life kan. Overall, best la. Colleagues baik, employers baik. So, what more to ask. Cukup la. Kumpul banyak-banyak pengalaman, sambung belajar, pastu kerja bagus-bagus untuk berbakti balik untuk parents. InsyaAllah. 

Okay la. Dari pagi tadi sampai malam ni tak abes-abes lagi nak siapkan post neh. Dah kering idea nak taip apa. Huhu. So, good bye and good night.

Yang amat merindui USIM dan rakan-rakan,

Faqihah Salleh




XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Thursday, September 27, 2012

I am fine

Assalamualaikum WBT,

Hai.

Babes.

I am totally fine today.

So, don't crease your eyebrows for me okay.


Okay.
Babai.

Love you so much I would die lillahita'ala.

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO