Sunday, July 29, 2012

Perasan

Assalamualaikum WBT!!

~Ehehehehehehehehe~

Tadi, masa wirid lepas solat Isyak kat masjid Sg. Chinchin, aku macam biase la.
Sedang dok belek-membelek jari jemari sendiri sambil ikut imam masjid tu berwirid....

"Dik, cantik jari."Sorang akak menegur perbuatanku.

*senyum*
Dalam hati aku, OMG bangga gler!

Pastu akak tu cakap lagi..

".................................manis."

Aku tak dengar sangat ape yang akak tu cakap. Aku dengar ujung-ujung tu je. Dia cakap manis. So aku pon perasan gila la akak tu cakap jari-jemari aku manis. Dah la puji cantik, manis pulak tu. Owh...Aku pon senyum kilang gula la pastu.

Pastu akak tu tunjuk jari-jari dia yang agak kehitaman...

*zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppppppp*

Malu otometik aku! Akak tu tadi cakap dia ade KENCING MANIS la! Bukan jari aku manis! Hahahahahadoihh!!

Malu shuuvit aku kat situ. Nasib baik la aku tak cakap terima kasih ke ape-ape yang boleh menambah perisa 'perasan' aku tu. Keh keh keh~

Anyway, akak tu rupenye keje kat cafe Mahalah Salahuddin, UIA. Kesian dia. Dia cerita, pukul 3 tadi dia potong cili. Potong punya potong, terhiris jari dia. Punya la banyak darah! (Ececece..macam aku ade kat tempat kejadian je). Hmm..Biasa la. Diabetic diagnosed has a slow healing progress. Mesti banyak pertumpahan darah berlaku tadi. Kesian akak tu.

Takpe la. Aku doakan akak tu sihat selalu dan murah rezeki dia di bumi Malaysia nih (she's an Indonesian).

Anyway, tazkirah tadi best la jugak. Jelas dan memberi kesan dalam hati. Alhamdulillah~

******************

Thursday, July 26, 2012

Akibat Tak Log out


Ouwhhh...
Senget betul budak Erma neh.

Lepas ni, aku akan pastikan, aku log out dulu sebelum bagi lappy aku kat dak neh.

Hahaha.

P/S: aku memang chantek. (sila muntah 2 baldi skang)

Wednesday, July 25, 2012

Alhamdullilah!!

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah...alhamdulillah

Syukur. Siap sudah artikel yang menggugat masa tidur aku =.=

Neway, alhamdulillah.

Artikel halal pharmaceuticals review untuk Art & Humanity Journal neh memakan masa selama seminggu lebih kot! Tapi..5 hari pertama, aku habeskan dengan melayan perasaan blur aku nak buat artikel neh. Yela, mane taknyer. Ni bukan 'makanan aku'. Mane la nak lalu. Tapi takpe, I took it as a challenge!!

....................And....................

The challenge led me to nowhere for about five days! Straight lima hari aku termenung nak tulis macammana la artikel neh. Memang la Dr. Noriah ada briefing sikit-sikit kat aku macammana nak buat artikel tu. Tapi aku blur sungguh....
Weekend tu aku resah gelisah sebab takde satu perenggan pon yang siap...

*************

Pada hari Isnin, selepas weekend yang macam cacing kepanasan tuh...

Terus Dr. Noriah tanye "Faqihah, macammana artikel tu?". Mula-mula memang nak cakap "under construction"...Tapi, baik mengaku jekan. So,

"Dr...saya blur la. Tak paham nak buat ape. Saya rase macam nak nangis".
Terus terang aku cakap kat Dr.

Pastu, Dr. pon terus amek kerusi duduk sebelah aku. Dia terang satu-satu kat aku sambil tangannya menampar-nampar dan mencubit-cubit manja pehaku. Amek kau! Blur sangat! Kan dah kene belasah!

I was enlightened gila after kene 'belasah' tu!

Terus menerus aku dapat taip artikel tu sampai jadi 13 muka surat dalam masa 3 hari! Yela, pencapaian tu amat membanggakan la bagi aku. Bagi orang lain kalau rasa biasa-biasa je, aku tak kesah pon. Tapi aku bangga dengan diri sendiri. Bukan riak, tapi self-motivate. Lepas ni aku dah taw dah la nak buat review macammana. Alhamdulillah..

Habis je buat review tu, aku rase bebas gila!


Rase macam nak celebrate makan-makan tapi...puasa la! Nasib baik puasa. Jimat duit aku. 
Hak hak hak (gelak mintak penampor).

~I thank Allah for His blessing~


XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Tuesday, July 24, 2012

Windu-winduan




Assalamualaikum WBT.

Hmmm...sayu betul malam ni...
(sambil dengar lagu Layar Keinsafan)

Okay, sesungguhnya aku rindu sangat dengan makcik 8 orang kat atas tu.
K.Lin, K.Ne, K.Pah, Muni, Ijat, Teng, Dj & Bella.

Korang sahabat sejati secendana segaharu kite...


Makan sokmo sama-sama...


Makan sama-sama lagi..


Lagi-lagi makan sama-sama...


Makan sama-sama lagik?!

Dah-dah la gambar makannyer...

Okay2..

Kitorang juga turut sama-sama mencebur diri dalam sukan boling (sekali seumur hidup).



Dan yang paling best kitorang buat sama-sama ialah....


Berposing lah!!! Hohoho..Masing-masing suka camera. 

Owh windu gila kentang la dengan korang..*sob3*

Ukhwah fillah abadan abada, InsyaAllah!

To the girls inside the above pictures, I love you so damn much!

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

p/s: banyak2 gambar, gambar muka aku jugak yang besar tak surut2..huuuuuuuuu~

Monday, July 23, 2012

Header Baru

Assalamualaikum WBT!

Hahahahahahaa..
Hidup kene happy sokmo (tetiber je kan)

Orait.
Sila jeling-jeling kat atas blog ni ade ape?

Jeng jeng jeng!

Betul!!

HEADER BUDAK BARU LEPAS MONTESSORI!

Hehehehe.

Header baru beb. Penat aku design and adjust saiz dia.
Sempat lagi kan nak buat header padahal keje melambak-lambak datang macam Tsunami+Hurricane Bergabung...meletop!

Owh entry neh pon dibuat masa tengah banyak keje. Disebabkan writer's block (tengah tulis review berdeadline esok), aku pon meneruskan lah niat suci untuk membuat entry baru dan hasilnya, lumayan dong~ (cakap Indon plak!)

Okey la. Enjoy the header yang tak berdefinisi tinggi (HD) tuh. Ketak-ketak sebab main adjust saiz macam tu je. 

*******************************


Terawih Yang Terkilan

Assalamualaikum WBT.

WARNING

Aku bukan nak mengumpat.
Sekarang ni kan bulan Ramadhan. Takde makna nak kurangkan pahala aku yang demikian sedikit nih.

Okay, here we go.

Tadi...

Rasa agak terkilan masa terawih tadi.

Alkisah, aku & Umi (roommate) tiap-tiap kali terawih mesti pegi Masjid berdekatan dengan rumah sewa kitorang. Disebabkan aku sidai kain masa azan Isyak (itu pon nak cakap kan), maka terlambatlah kitorang nak join rakaat pertama solat Isyak. Sampai je masjid, area wanita dah jam-packed giler! TAPI! Saff depan sekali, terbiar kosong bersawang! Kitorang pon agak pelik gak kenapa kosong? So, terpaksalah solat dekat luar 'petala' area wanita tersebut (tempat lelaki tapi bahagian belakang).

T__T"

And then! Lepas habis je wirid, doa lepas solat Isyak, makcik-makcik kelui (panggil) la kami dua orang suruh duduk kat saff depan sekali tu. And we were like "what da?"..Tapi pegi jugak la kan. Dah orang siap invite dengan penuh ramah tamah. Tapi..memang awkward giler solat paling depan dua orang je! Tapi kat belakang kitorang...penuh+padat dengan manusia bergelar wanita tua dan wanita muda. Awkward sangat2! Bak kata Umi, nak tegur supaya rapatkan dan isikan saff depan, diorang tu makcik-makcik, otai pulak tu kat area kampung neh. Kalau diorang tersinggung, taktaw nak buat macammana. Serba salah. Ditelan mati mak (bukan mak kitorang), diluah mati bapak (dan jugak bukan bapak kitorang).....haila haila....Pastu, kitorang bentang sejadah yang kitorang bawak, panjang-panjang. Saje invite balik akak-akak, makcik-makcik yang ajak kitorang tadi. Tapi..sekadar bertepuk sebelah tangan jela...... 

0.o""

..Terkilan.. 

Sekian lintas langsung dari Kg. Sg. Chinchin.

Wassalam.

Sekali lagi, ini bukan mengumpat taw.


***************************

Ramadhan Owh Ramadhan

Assalamualaikum WBT!

Salam Ramadhan Kareem!

Alhamdulillah baru habis terawih yang ke-3 dalam bulan ramadhan yang mulia lagi penuh barakah ni.

Okeyh. Tahun ni officially aku start kerja as Research Assistant (RA) kat Dept. Biotech Eng. Dulu masa belajar dulu, takde la letih sangat. Duduk belajar je. Okay, tipu la tak letih mana kan. Zaman belajar memang letih la! Letih nak mengharung panas terik kat USIM tuh dalam bulan poser. Pokok-pokok semua tahap toddler tak cukup zat. Susah nak jumpa yang rendang.

And selalunya, balik je dari kuliyah.......


Kalau kuliyah tu straight dari pagi sampai petang dalam bulan poser.......


Letih belajar+puasa. Tapi bajet letih la. Rasulullah PBUH siap pegi berperang lagi masa dalam bulan puasa. Kita neh belajar je. Itu pon duduk sepanjang hari. *Tsk*

Sekarang ni Alhamdulillah. Kira okay la. Keje dalam air-cond, tak payah nak jalan-jalan, lari-lari tukar kelas. Dan disebabkan hari-hari duduk dalam keadaan berhawa dingin, aku rasa macam makin putih plak (okey, sila muntah).

****************************


Saturday, July 21, 2012

Gedik

Assalamualaikum WBT.

Aku rasa blog ni agak gedik.

GEDIK LAH!

Amek kau. Right out from my chest. Lega. 
Hahahahahahahahahaha.

(Okay, agak psycho di situ)

Anyway, blog ni agak gedik sebab post yg lepas2 tu dibuat masa aku kanak-kanak rebena lagi.
Skang dah keje en, so dh taw la mane gedik and mane mature. Pehh..poyo gler ayat. 
Tapi betul la kan. Zaman keje dgn zaman belajar..mana nak sama.
If you to compare how were you 3-4 years back, you will get no idea how you have changed, A LOT.
Itu aku. Tak tahu la org lain macammana. *wink*

Okay la. Chiow. Banyak keje nak kene wat. Kalau ade sesiapa baca blog ni, tolong la bace post ni dlu sblom bce post2 yg lepas. Nanti x pasal2 kene label gedik. x pepasal. Hahaha.

p/s: Gedik bertempat ade ke ha? Hairan aku. =.=""

Psycho!


Astagfirullahal'azim
Subhanallah
Owh my owh my
OMG

Ape nak jadi dengan dunia skang? Bunuh sana bunuh sini.
Terbaru cerita pasal Batman movie premiere kat Aurora, Colorado.


12 killed including 6-year-old girl.

Ya Allah..

The psycho is a 24-year-old postgrad medical student had shot randomly with no clear motive (click here).
The name of the victims is listed here.

I don't know what else will happen after this. 

Naudzubillahiminzaalik


p/s: back to God the Almighty, you will never lost...again.

Happy

Happy Ramadhan to all of us!! p/s: It's been ages! Finally I wrote something for this childish blog after been left for a year. Kesian betul blog ni :'(