Thursday, August 2, 2012

Kucing!

Assalamualaikum WBT!

Hi!

Okay, aku & Ummi hari tu (serius aku lupa bila ntah tapi dalam minggu ni la jugak) balik ke rumah sewa kitorang setelah penat membanting tulang empat kerat (kerja RA je pon, bajet macam keje buruh kasar). Penat do'oh kitorang masa tu. 
Dalam pada nak masukkan kaki kanan aku ke dalam rumah tersebut, tetiber meluru seekor kucing gebu warna coklat cair. Dan kitorang pon terus....

"Eh!!!!! Comelnyer!!! Datang dari mana nih???"

Terus hilang penat bagai nak gila tadi.

Kitorang meluru nak kejar kucing tu. Rupa-rupanya, bukan sekor je! Dua ekor!! *double the fun* Hah! Ape lagi, amek sorang satu la..


Masing-masing berebut nak tangkap gambar kucing-kucing nih!


Tetapi kucing-kucing ni dipunyai oleh tuan rumah kitorang...

HAMPA!!

Anyway, bagus jugak la. Kang bela nak letak kat mane plak kan.*still hampa*


 Tuan empunya kucing pon cute jugek..Haila...seronok hidup dikelilingi dengan ciptaan Allah yang cantik-cantik, indah.. Alhamdulillah!

P/S: tringat kucing-kucing patik kat rumah...

XOXOXOXOXOXOXOXO


Overflowing Generosity (Alhamdulillah for that)

Assalamualaikum WBT!

Hi!!
Minggu lepas adalah minggu yang amat bertuah.
Kenapa? Well, sebab dapat makan masakan Dr. Noriah; sumber inspirasi wanita moden bekerjaya tinggi dan pandai menguruskan rumah tangga! Perghh...title taknak kalah kan? Hahaa. Anyway, memang pon. Aku respect gila la kat Dr. Noriah neh. Hampir semua dia boleh masak. Dah la lecturer dan merangkap one of the deputy directors kat INHART (my office), IIUM! Hebat tak hebat, dia pegi amek sendiri anak-anak dia balik dari sekolah. Pastu masak, pastu lipat baju, basuh baju. Letih aku tengok dia letih (paham x ayat neh??)

Despite of that, somehow, dia berjaya la bagi anak-anak dia makan air tangan dia sendiri. Memang hebat Dr. Noriah neh.

Okey2. Masuk isi untuk tajuk di atas. Semua generosity tu milik Dr. Noriah la dalam entry kali ni. Macam nak cancel out je tajuk atas ni jadi "A tribute to Dr. Noriah". Hehe. Takpe la. I'll stick to the first title.

Okay!!

Jom tinjau makanan apa lah yang kitorang makan hasil dari air tangan Dr. Noriah.

WARNING


EXPLICIT PICTURES OF SUMPTUOUS FOOD AHEAD

Okay, here we go!!

Bubur ChaCha

Tadaaaaaaa!!!!!!

Bubur cha cha ni sarat dengan buah seperti pisang dan nangka! Tak penah okeyh aku tengok orang masukkan buah-buah yang disebut sebentar tadi tu dalam bubur neh. Yang penah nampak hanyalah keledek saje. Ajaib..Nak lagi ajaib, mende panjang-panjang kaler cream dalam gambar itu adalah mee sanggul!! Ko hader?? Meriah kot bubur neh. Lepas makan bubur neh, terus berasa nak menari Cha cha! Hahahaha (okey tak lawak okey).


Pastu.....


PIZZA-OWH-MY-FEVERET!

Owh...betapa senangnye nak wat pizza neh! 
First skali kene sediakan roti arab/roti burger, minced meat, garam, tomato segar, bawang, black pepper (ikut suke hati nak letak ke x), grated mozarella cheese and oven sebijik.
Mula-mula, masak minced meat, tomato segar & bawang (potong dadu), garam, black pepper sampai kering ye puan-puan skalian. Masak sampai jadi macam ni.. 


Pastu, cedok daging tadi tu letak atas roti arab/roti burger dan tabur grated cheese...


Pastu...letak dalam oven 190 deg C sampai cheese melt sepenuhnye. Tak payah lama pon takpe sebab daging tu dah masak.
And PUFFF!!!


Sedap and simple wa cakap sama lu..

Selain dari tu, ade lagi yang sedap-sedap masa berbuka dengan keluarga Dr. Noriah..

Roasted duck bought from Mohd Chan Restaurant
Kiri yang kuning tu rendang minang (sedap!) & oyster mushroom soup with chicken
Sodapppppppppppppppppppppppppppp hingga menjilat jari-jemari oooo~

Okey la. Penat la buat entry neh. Habis kurus pahala puasa aku tengok gambar-gambar neh.

Chiaw!

Credit to Dr Noriah for her generosity and Mek Ummi for these pictures!

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO