Saturday, September 29, 2012

Block of Momento

Status:  EXPECTED TO GRADUATE

******

..5 years ago..
In this very university; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
There are monologues from a student named Faqihah Salleh:

"Macammana la dah grad nanti.."

"Mesti best kan???"

"Uhhh...tak sabar-sabar nak abes."

"Bila la nak abes blaja neh....lambat betol nak abes."


..But now..

Memang macam tak percaya. 4 tahun, eh no no. 5 tahun kot dok universiti yang sama. Dewan kuliyah yang sama la dok tadah ilmu dengan lecturers yang bagus-bagus dan baik-baik. Yang bitchy takde kot. Kalau ada pon bukan kat Fakulti Sains & Teknologi kot. Hahaha.

Faculty of Science & Technology (FST), tempat aku & co. b'tendang. Tapi ni bangunan lama. Bangunan baru lagi santek ='(
Dewan kuliyah yang bertahun-tahun dok guna.

Environment kat USIM sangat bagus. The students are all from sekolah agama. So no wonder la suasana kat USIM penuh bi'ah soleh solehah. Hehehe. Tapi ada jugak la yang macam rotten sikit perangai. Macam aku & co. Wahahaha. Refuse pegi Minggu Suai Kenal (MSK) masa first year la, time lecture dok main pass2 asam kedot la, pecahkan apparatus kat lab la..dotdotdot....macam-macam la. Kang aku state kat sini, tak grad plak aku.  Hahaha.
(okay over)

Even though USIM tu panassssss dia memang standard gurun sahara, tapi seronok la sebab kat situ la aku berjumpa kawan sehidup dan insyaAllah semati gak. =')

The babes that I miss so much
From tamhidi, first year until final year, ketawa..menangis..sedih gembira semua USIM jadi saksi. Yela. Zaman tu dah berakhir. Zaman berwarna-warni. Zaman berjuta-juta endorphin hormone dilepaskan. 

Teringat masa FYP. Buat lab work sampai pukul 3 pagi. Hahaha. Seronok gila break all the rules.Tapi break the rules with a promising good result la. Kalau tak buat macamtu alamatnya tak sempat siap thesis kitorang ler. Sorry la semua lab assistants level 3, FST. Hahaha. seriously, kitorang terhutang budi gila la ngan kamu semua even though admin tak bagi, bebel-bebel banyak-banyak sampai berbuih mulut, korang tetap side kami, the students. Thank you so much. 

Final year yang paling best. Uli-uli tepung. Ternak-ternak bakteria. Semua best. Stress memang la tak pernah abes sebab dok kejar deadline thesis. Tapi overall, we had all the fun in the world!

Skang dah start keje jadi Research Assistant (RA) kat UIA (ko jgn nak cakap aku betray USIM lak), the environment is totally, definitely lain dari USIM.
Tapi aku enjoy je mana-mana pon. Whether it is bad or good, you, yourself set them all. It's you who can determine whether you are a survivor or a loser. Never the place, the time and the people surrounds you can change you but yourself.

INHART
Tempat keje pon okay je skang ni. Okay la. Baru keje kan. What to expect on a very first post that you have for the first time in your life kan. Overall, best la. Colleagues baik, employers baik. So, what more to ask. Cukup la. Kumpul banyak-banyak pengalaman, sambung belajar, pastu kerja bagus-bagus untuk berbakti balik untuk parents. InsyaAllah. 

Okay la. Dari pagi tadi sampai malam ni tak abes-abes lagi nak siapkan post neh. Dah kering idea nak taip apa. Huhu. So, good bye and good night.

Yang amat merindui USIM dan rakan-rakan,

Faqihah Salleh




XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Thursday, September 27, 2012

I am fine

Assalamualaikum WBT,

Hai.

Babes.

I am totally fine today.

So, don't crease your eyebrows for me okay.


Okay.
Babai.

Love you so much I would die lillahita'ala.

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Berkarnival

Assalamualaikum WBT,

Hai.

Rajin pulak la aku hapdet blog aku neh ha kebelakangan neh.
Ahem. 

Okayla. Jangan bebel-bebel lagi. Let's story-mory.

Weekends lepas, aku kena jadi penjaga booth yang keciknya ibarat kalau korang muatkan anak gajah, anak gajah pon tak hingin nak duduk lama-lama dalam tu even though korang sogok stok sebulan batang tebu pon dia mesti tak sanggup. Kecik sangat. Nak menguek pon susah. Tapi takpelah. Kerja kan.

Mood: REDHA

"Tapi kan Faqihah, Ghedha itu ikhlas, Pasghah itu menyeghah", berkata akak Lisa Surihani.
"Asssshhaaaadaaap yuuuuu....." berkataku kembali.
(motif??)

Masa first-first dapat task nak menjaga booth tu, aku biasa-biasa ja. Takde la excited sangat. Tapi still, takleh nak expect the unexpected. Bila dah tengok booth, nganga la puas-puas, booth tu takkan jadi besar melainkan dengan bantuan Doraemon punya lampu pembesar.

Lepas keberapaeratusan kali aku kata Aku Redha, aku pon memulakan tugas mengpromote tempat kerja aku kepada visitors yang datang. Happening jugak la booth sekangkang kera tu. Alhamdulillah.

Dah la booth sempit, aku terbawak beg besar gabak pulak tu. Nasib la.

Aku jaga booth bukan sorang, tapi ramai-ramai. Tu yang sampai sempit kangkang kera booth tu. Tapi takpe la. Best jugak. Takde la kelam kabut sangat nak jaga sorang-sorang. Aku la yang paling muda dok jaga booth represents IIUM. Kakak-kakak yang jaga sekali tu sangat la baik dan meriah mulutnya. Kira masuk air jugak la dorang neh. Takdelah skema keibubapaan sangat.

Yang tak boleh blah, balik dari solat zohor, aku kena paksa dengan sorang kakak neh untuk bergambar dengan gambar Pak Jib yang besar dia mengalahkan saiz badan aku sendiri.

Tersenyum sipu aku di tepi Pak Jib. Ampon Mak Mah ye. Kahkahkah~
Perghhh...Besar giler en. Ade je gambor Perdana Menteri yang lain. Tapi entah la. Aku malu gilak. Lepas akak tu snap gambor aku, aku terus amek camera dia dan snap pulak gambor dia. Biar adil dan saksama. Mesti Pak Jib bangga gila. 
(Whatever)

Hahaha. 
Owh lupa pulak. Macammana la boleh terlupa neh!!

Taw tak taw tak???

Our first Malaysian astronaut, Dr. Syeikh Muzafar Sheikh Shukor datang jugak!! (full name siap, betapa excitednya aku nak cerita).

Bertuah budak tu. 

Beliau datang bagi talk on how he managed to live for 10 days di angkasa. Part paling best ialah masa Q&A session, ada sorang makcik ni tanya kat Dr. Muzafar macam ni:

Makcik: "Doktor. Makcik kerius la. Makcik nak taw, doktor 'poopoo' tak kat atas sana?"
Dr. Muzafar: "..........."

Aku sengaja biar dotdotdot tu sebab tak habes dengar cerita macammana Dr. jawab soklan makcik tu. Biarlah. Yang pasti, aku taw jawapannya sebab mak aku taw semua pasal perjalanan Dr. Muzafar tu sebab sepanjang 10 hari tu, tiap-tiap hari mak aku hapdet. Sampai aku pon terhafal la sekali. 

Anyway, best jugak la karnival ni even though letih gilo. Ada makcik-makcik yang tanya pasal UIA untuk anak dia (anak tak ikut pulak. Ni sape yang nak masuk U neh?), tak kurang jugak yang cerita pasal diri sendiri dan anak-anak. Siap cakap lagi menantu dia kawen dengan perempuan yang materialistik. Rumah nak kolam renang memanjang..Lawak dan comel betul makcik-makcik yang singgah kat booth UIA hari tu. 

Lastly,
Hmm...Moga karnival ni menambahkan pengetahuan orang ramai tentang pengajian di UIA dan juga universiti-universiti yang lain. Hopefully. InsyaAllah.

Okay Bye. Till next time.

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO


Wednesday, September 26, 2012

Night Secret

Assalamualaikum WBT,

Hai...

I would like to share my secret. My night secret.

Here is my night activity with my roommate (with HD pictures)....


*

*

*

*

*





Excuse for my grammar. *We can read your minds*



This was made for you to shat in you pants.

Tihihihihihi~

Hhaahahaaaa~

Ni semua angkara bedak sejuk Erma.

Okay babai.

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Dikala bosan

Assalamualaikum WBT,

Hai.

Kalau korang bosan, and lappy korang ada webcam yang super duper cantik, jom kita ber'pixect'. (Takde webcam yang super duper cantik pon takpe..asalkan ade webcam ye idok~).

Yup. PIXECT!

Amende la menatang ni kan.

Jom click dulu PIXECT ni.

Lepas click, korang akan jumpa layout ni.


Click kat Get Started Now.


Pastu Click Allow.


Pastu korang snap la sesedap rasa korang. Pilih la mana-mana effect yang korang suka kat option sebelah camera symbol tu.

Pastu..




Download la sesuke hati korang. 



Tadaaaa...Cantik betul gambar siling bilik I. Yang putih-putih tu bukan dandruff ye rakan-rakan. Itu effect salji. Aheks.

Ehem. Selain dari menangkap gambor siling rumah, berikut adalah hasil tangkapan yang tak seberapa megah:

Hello??

Stahp!

Traaaaalaaaaaaalaaaaaaaaaaaaaa~


Dan macam-macam lagi. Nak upload lagi. Tapi stuck/jam plak. Jeles kan internet neh dengan muka-muka aku yang...ermmm...anggun?

Kahkahkah..

Sila la muntah 20 besen skang sebelum terlambat.
Sekian tutorial edit gambor mak senah.

Babai.

XOXOXOXOXOXO

Stressssss~

Assalamualaikum WBT.

Owh..sekian lama tak update blog dengan isi-isi yang ceria.

Okay. Here we go =)

Lately, semua orang macam stress giler. Semua orang ada sebab-sebab tertentu kan.
Almaklum lah. Semua dah masuk fasa baru iaitu BEKERJA.

Normal la kan stress, depressed bagai. Tu baru kerja. Kalau kawen, taktaw la stress dia macammana kan. Hopefully tak stress mana la sebab akan ada yang menyokong dari belakang kan through hell or high water. *ahem*

Hmmmm....kalau stress pon macam-macam bentuk, cara-cara nak release stress tu pon mesti la macam-macam kan. Ada orang pegi panjat gunung pastu maki kuat-kuat boss sendiri (pengaruh drama). Ada jugak duduk rumah dok layan air mata (cukup 4 bulan, gila terus). Tak kurang jugak pergi tengok wayang ke, shopping ke. Tu memang kearah pembaziran gaji yang maksimum la kan. Orang miskin macam kami neh memang akan avoid la kan pilihan macam tu. Unless kalau ada sale....miskin tak miskin, wa tetap pegi sahut seruan Mega Sale tu. Hahahaha~

Disebabkan shopping baju kasut tak mampu, kami hanya shopping makanan untuk perut kami jela. So, we all pon pegi la kedai makan seberang jalan.

Baba Seafood. Terpromote lak. Bleh mintak komisyen la pasni. Hehehe~

 Disebabkan stress menguasai diri, masing-masing nak melampiaskan nafsu makan dengan meng-order macam-macam (tapi takde la macam-macam sangat kan. Miskin, remember?)
Mula-mula.....

Keropok ikan. Makan sampai tak hingat. Siap tambah lagi satu besen lagi. Ermmm...besen ke orang panggil mende alah tu. Whatever la.

Lepas tu...

Kerang bakar. Ni favorit si Erma la ni. Dok kerang bakar. kerang bakar. Tak habes. Heran gak tengok dia terigau2kan kerang neh. Tapi bila makan, aku plak yang meroyan nak lagi.
Tak cukup dengan kerangnye, Ummi pulak dengan lala masak hape tak ingat aku.

Ni sodap makan dengan nasik. Sodap gak la.
Dan aku yang taknak kalah dengan nafsu-nafsu makan kawan-kawanku, aku pon order la kuehtiow goreng basah. 

Char kuetiow. Silap plak. Kuetiow goreng basah yang tak baper nak basah. Sodeh I. Nasib baik sedap gak la.

Asalnye order char kuetiow, tapi takde plak. Dah lama dah aku terliur nak makan char kuetiow. Orang kedai makan tu bleh plak kata takde. Impian aku macam kaca jatuh ke batu woo..Drama plak.

Overall kitorang happy la dapat makan kat situ.

Happy tak muka kami? Hohekhohekhohek~
Erma suka plak orang korek idung dia. Wahahaha~

Okay la. Babai. Malas nak taip panjang-panjang. Hahahaha~

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO








Tuesday, September 18, 2012

Sick

I'm sick and tired to play this damned game of innocence.

I don't know myself anymore.

I'm not me.

Cyborg? Yeah, close to it.

A robot life.

*vomit*