Cara2 Melayan Tetamu Dengan Berhemah

Tetamu in english called 'guest', in spanish 'huйsped', in Itali 'ospite', in German 'gast' and so on. Tetamu ni amat penting untuk kita raikan sebab Rasulullah S.A.W amat memuliakan tetamu baginda. So, apabila kita memuliakan tetamu..secara tak langsung kita dah mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.

Hmm..kenapa entry kali ni pasal tetamu pulak..dah la keluar bahasa macam2 kat atas tu..huhuhu...ini sebab, tadi ada tetamu datang rumah..alaa...sedara mara jugak..mula2 tu memang la kalut nak pakai tudung la ape la..itu tolak ke tepi..tak baik taw kita rasa terbeban dengan kehadiran tetamu ke rumah kita.

Okay, apakah langkah2 yang perlu kita buat semasa tetamu dah masuk rumah dan dah duduk dah pon kat atas kusyen tu haa...Mula2 buat masa tetamu datang....sruppp!!!! Pakai tudung dengan pantasnya (bagi perempuan muslim laa)..hehe..kedua, turun masak air..ketiga, mata melilau sikit cari makanan yang ada kat dapur tu..hmm..tadi nampak ikan bilis, tepung gandum..ahaa..ape kate buat jejemput (sejenis makanan bergoreng)?? Yezza...dapat satu menu...taruk tepung, ikan bilis, dried basil, black pepper, garam secukup rasa, air...kacau3....goreng3....TUUP! Dah jadi jejemput ikan bilis~

Sementara tu dah boleh la buat air....air teh ke, air sirap ke..tak kesah la..asalkan kurang GULA. Kan sekarang orang dok kempen kurangkan diabetic kat Malaysia neh..kita kene sahut cabaran tu..huhuhu...anyway, dah siap air, kita dah boleh hidang dah jejemput panas dan air sihat kurang gula tuu tadi.



Rasa2 macam tak cukup lagi neh...bukak pulak peti sejuk...ahaaa!! Ternampak pulak nugget cap Marina. Apa lagi...goreng la! Tak cukup lagi, start enjin, beli dekat kedai...perghh...memang layanan 1st class punya laa....kalau tetamu tu cakap..."eh..buat susah2 je"..kite jawab balik "eh..x susah pon...hidang je. Bukan kene masak pon..hehe".

Hmm...bab2 cuci pinggan mangkuk or mengemas neh, tak payah la mengharapkan tetamu. Kita kene bagi warning dekat tetamu kita tu, JANGAN JEJAK DAPUR NEH..hehehe...bukan kedekut, tapi taknak tetamu jadi rajin sangat..Tetamu tugas diorg tukang makan dan tukang sembang je. Bukan tukang basuh pinggan. Tetamu2 yang dah terlepas masuk dalam dapur tu, jegil2 sikit mata tu biar bagi diorg keluar..huhuhuhu..dah macam kejam la pulak. Heeeheee~

Last but not least, kalau tetamu tu nak balik rumah diorang, sila laa hantar diorang ke pintu depan. Eh silap. Rumah korg mesti la ada pagar kan.. Okay2, hantar sampai pagar! Babai2 sikit, agak2 diorang dah tak nampak dah, kita masuk la rumah, tutup pagar pintu semua. Bila tetamu lain datang, layan la macam di atas....sekian..lecture kita abis takat ni je yee dan selamat mencuba~

~Thank you~

Comments

Popular posts from this blog

Ngeng~

epy besday 2 me!!