Berkarnival

Assalamualaikum WBT,

Hai.

Rajin pulak la aku hapdet blog aku neh ha kebelakangan neh.
Ahem. 

Okayla. Jangan bebel-bebel lagi. Let's story-mory.

Weekends lepas, aku kena jadi penjaga booth yang keciknya ibarat kalau korang muatkan anak gajah, anak gajah pon tak hingin nak duduk lama-lama dalam tu even though korang sogok stok sebulan batang tebu pon dia mesti tak sanggup. Kecik sangat. Nak menguek pon susah. Tapi takpelah. Kerja kan.

Mood: REDHA

"Tapi kan Faqihah, Ghedha itu ikhlas, Pasghah itu menyeghah", berkata akak Lisa Surihani.
"Asssshhaaaadaaap yuuuuu....." berkataku kembali.
(motif??)

Masa first-first dapat task nak menjaga booth tu, aku biasa-biasa ja. Takde la excited sangat. Tapi still, takleh nak expect the unexpected. Bila dah tengok booth, nganga la puas-puas, booth tu takkan jadi besar melainkan dengan bantuan Doraemon punya lampu pembesar.

Lepas keberapaeratusan kali aku kata Aku Redha, aku pon memulakan tugas mengpromote tempat kerja aku kepada visitors yang datang. Happening jugak la booth sekangkang kera tu. Alhamdulillah.

Dah la booth sempit, aku terbawak beg besar gabak pulak tu. Nasib la.

Aku jaga booth bukan sorang, tapi ramai-ramai. Tu yang sampai sempit kangkang kera booth tu. Tapi takpe la. Best jugak. Takde la kelam kabut sangat nak jaga sorang-sorang. Aku la yang paling muda dok jaga booth represents IIUM. Kakak-kakak yang jaga sekali tu sangat la baik dan meriah mulutnya. Kira masuk air jugak la dorang neh. Takdelah skema keibubapaan sangat.

Yang tak boleh blah, balik dari solat zohor, aku kena paksa dengan sorang kakak neh untuk bergambar dengan gambar Pak Jib yang besar dia mengalahkan saiz badan aku sendiri.

Tersenyum sipu aku di tepi Pak Jib. Ampon Mak Mah ye. Kahkahkah~
Perghhh...Besar giler en. Ade je gambor Perdana Menteri yang lain. Tapi entah la. Aku malu gilak. Lepas akak tu snap gambor aku, aku terus amek camera dia dan snap pulak gambor dia. Biar adil dan saksama. Mesti Pak Jib bangga gila. 
(Whatever)

Hahaha. 
Owh lupa pulak. Macammana la boleh terlupa neh!!

Taw tak taw tak???

Our first Malaysian astronaut, Dr. Syeikh Muzafar Sheikh Shukor datang jugak!! (full name siap, betapa excitednya aku nak cerita).

Bertuah budak tu. 

Beliau datang bagi talk on how he managed to live for 10 days di angkasa. Part paling best ialah masa Q&A session, ada sorang makcik ni tanya kat Dr. Muzafar macam ni:

Makcik: "Doktor. Makcik kerius la. Makcik nak taw, doktor 'poopoo' tak kat atas sana?"
Dr. Muzafar: "..........."

Aku sengaja biar dotdotdot tu sebab tak habes dengar cerita macammana Dr. jawab soklan makcik tu. Biarlah. Yang pasti, aku taw jawapannya sebab mak aku taw semua pasal perjalanan Dr. Muzafar tu sebab sepanjang 10 hari tu, tiap-tiap hari mak aku hapdet. Sampai aku pon terhafal la sekali. 

Anyway, best jugak la karnival ni even though letih gilo. Ada makcik-makcik yang tanya pasal UIA untuk anak dia (anak tak ikut pulak. Ni sape yang nak masuk U neh?), tak kurang jugak yang cerita pasal diri sendiri dan anak-anak. Siap cakap lagi menantu dia kawen dengan perempuan yang materialistik. Rumah nak kolam renang memanjang..Lawak dan comel betul makcik-makcik yang singgah kat booth UIA hari tu. 

Lastly,
Hmm...Moga karnival ni menambahkan pengetahuan orang ramai tentang pengajian di UIA dan juga universiti-universiti yang lain. Hopefully. InsyaAllah.

Okay Bye. Till next time.

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO


Comments

Popular posts from this blog

Ngeng~

epy besday 2 me!!